Assalamualaikum...
Sambungan dari perbincangan lepas yang telah diterangkan oleh sahabat saya, Nur'Ain mengenai kajian tentang belanjawan kumpulan kami ke Management & Science University (MSU) dan di Uitm Kampus Puncak Alam. Gambar di bawah merupakan hasil kajian kami yang belum lagi di olah.
Paparan di atas merupakan kajian kami ke atas 40 orang mahasiswa UiTM Puncak Alam dan MSU. Mod pengajian mahasiswa keseluruhannya merupakan pengajian sepenuh masa. Antara kursus pengajian yang terdapat di UiTM dan MSU serta peratusan responden yang mewakili setiap kursus adalah :
1) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (12.5%)
2) Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dan Seni Reka (15%)
3) Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan (5%)
4) Ijazah Sarjana Muda Mobil dan Teknologi (2.5%)
5) Diploma pemakanan dan dieterik (12.5%)
6) Diploma pengimejan perubatan (17.5%)
7) Diploma rekaan permainan dan animasi (2.5%)
8) Diploma kejururawatan (27.5%)
9) Diploma undang undang komersial (5%)
Seterusnya merupakan jenis- jenis tajaan pengajian para mahasiswa :
1) PTPTN
2) BANK RAKYAT
3) YAYASAN DARI SETIAP NEGERI
4) JPA
Berdasarkan carta di atas, jelas menunjukkan 60% daripada mahasiswa sama ada menuntut di IPTA seperti UiTM Puncak Alam dan IPTS seperti Management & Science University memohon pinjaman PTPTN dalam urusan pembelajaran mereka. Ini kerana, syarat untuk memohon pinjaman PTPTN adalah rendah berbanding biasiswa atau pinjaman pelajaran yang lain.
Rajah di atas merupakan jumlah pembiayaan tahunan PTPTN untuk pelajar .
Gambar di atas menunjukan jumlah pembiayaan biasiswan JPA.
Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, nilai tajaan bagi setiap semester adalah seperti di bawah :
1) RM 1500- RM 3000 = 50%
Peratusan pinjaman dan biasiswa untuk nilai seperti di atas mewakili 50% kerana para pelajar yang memohon terdiri daripada pelajar Diploma Sepenuh masa.
2) RM 3001- RM 4500 = 40%
Peratusan pinjaman dan biasiswa pelajar seperti dia atas mewakili 40% kerana pelajar yg memohon terdiri dari pelaja ijazah sarjana muda.
3) RM 4501 dan ke atas = 10%
Peratusan sebanyak 10% seperti di atas mewakili mahasiswa yang mendapat tajaan daripada JPA dan Yayasan Negeri.
Seterusnya merupakan rajah kegunaan pinjaman/biasiswa yang diperolehi pelajar berdasarkan kajian yang telah kami lakukan :
Berdasarkan rajah di atas, jelas menunjukkan para mahasiswa sama ada yang menuntut di IPTA mahu pun IPTS mempunyai masalah dalam menguruskan kewangan mereka. Ini dapat dibuktikan melalui hasil kajian yang menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 50% adalah digunakan bagi tujuan berbelanja terhadap barang bukan keperluan seperti telefon bimbit, menonton wayang dan sebagainya.
Seterusnya pula merupakan perbelanjaan pelajar jika terdapat lebihan kewangan di hujung semester :
Rajah di atas merupakan rancangan jangka masa panjang mahasiswa jika terdapat wang saku lebihan di hujung semester. Peratusan tertinggi dimonopoli oleh aktiviti berbelanja. Ramai di antara pelajar yang merancang untuk menghabiskan wang saku mereka dengan aktiviti kurang bermanfaat. Bagi pelajar yang berfikiran jauh, mereka akan menyimpan untuk kegunaan semester hadapan.
Pada arus kemodenan ini, para mahasiswa sering didedahkan dengan aktiviti pelaburan bagi menjamin masa depan mereka. Pelbagai jenis pelaburan yang ditawarkan tetapi pelajar harus bijak memilih jenis pelaburan yang bersesuaian. Antaranya ialah Amanah Saham Berhad yang menawarkan pelaburan berstatus risiko rendah kerana diletakkan di bawah badan kerajaan dan sentiasa dipantau oleh kerajaan.
Sampai di sini dahulu perbincangan pada kali ini. Hasil kajian akan diteruskan ke entri seterusnya