Wednesday, 19 November 2014

Kaji Selidik Belanjawan Mahasiswa

بسم الله الرحمن الرحىم

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah... Tugasan khidmat Rasulullah SAW kali ini diteruskan dengan pengedaran borang kaji selidik 'Belanjawan Mahasiswa' yang selari dengan topik yang telah kami sekumpulan persetujui. Pada post yang lepas, sahabat saya telah menerangkan objektif projek kami ini. Di sini, saya sekali lagi ingin menerangkan objektif projek yang kami laksanakan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kaedah belanjawan yang digunakan atau diamalkan oleh mahasiswa pada era ini sama ada dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Justeru itu, kami dapat mengenalpasti corak belanjawan mahasiswa ini seterusnya dapat membuat kesimpulan dan langkah-langkah dalam membuat jadual belanjawan yang baik. 

Bagi menjalankan kajian terhadap isu ini, kami telah membuat borang kaji selidik 'Belanjawan Mahasiswa' dan diedarkan di sekumpulan pelajar dari IPTA iaitu Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam dan juga pelajar dari IPTS iaitu Management & Science University yang terletak di Shah Alam. 


Gambar berikut merupakan Borang Kaji Selidik yang telah kami edarkan kepada mahasiswa.


Seterusnya merupakan gambar-gambar ketika kami sedang melaksanakan soal selidik bersama-sama mahasiswa dr UiTM Puncak Alam. Kami telah menjalankan soal selidik ini di PTAR dan juga di Cafe berdekatan PTAR. 





Gambar seteterunya merupakan aktiviti soal-selidik yang dijalankan di MSU di Shah Alam. Pada awalnya, kami agak terkejut dengan cara hidup di sana. Mungkin ini adalah kerana kehidupan kami di UiTM Puncak Alam agak berbeza dengan mereka. Adapun sedikit jurang di situ, namun kami masih meneruskan pengedaran borang kaji selidik tersebut.





Setelah mengumpul borang kaji selidik yg telah di isi oleh mahasiswa IPTA mahupun IPTS, kami akan membuat analisa berdasarkan pandangan mahasiswa tentang belanjawan sebagai seorang mahasiswa.Sebarang perkembangan di atas projek ini, akan update dari masa ke semasa... Di harapkan semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT. 

Sekian... Assalamualaikum wbt. 



Saturday, 15 November 2014

Perbincangan demi perbincangan. .

Assalamualaikum,

     Perjalanan aktiviti kami sekumpulan diteruskan lagi bagi berbakti buat umat Rasulullah. Kami telah membuat keputusan untuk melawat Raudhatus Sakinah seperti mana yang telah dicadangkan oleh Ustazah Mahfuzah. Namun, terdapat pelbagai halangan bagi kami antaranya, kami tidak dapat mencari maklumat tentang Raudhatus Sakinah di laman sesawang. Mungkin rezeki tidak menyebelahi kumpulan kami. Walaupun begitu, kami mengambil keputusan untuk ke pust komuniti pemulihan berdekatan dengan UiTM Puncak Alam di daerah Klang. Malangnya, pusat tersebut juga telah tutup. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Baitul Islah yang menempatkan mereka yang telah terlanjur di Kota Raja, Shah Alam. Lagi sekali, nasib tidak menyebelahi kami kerana pusat tersebut telah berpindah ke Bukit Beruntung. Kami hanya dapat menghantar email kepada pengetua pusat pemulihan tersebut dan menunggu maklum balas dari beliau. Mungkin memang bukan rezeki kami untuk meneruskan rencana kami ini. Kami redha .

                 



     Oleh kerana masa mencemburui kami dan tarikh akhir tugasan yang makin hampir, kami berkeputusan untuk menukar rancangan kami tentang belanjawan di kalangan pelajar seperti mana yang telah di cadangkan oleh Ustazah Mahfuzah. Di bawah merupakan hasil perbincangan bersama ustazah tempoh hari di bilik ustazah.






     Berikut merupakan rencana tentang belanjawan. Jika ingin dikaitkan dengan CTU553, ini dapat diterangkan dibawah tajuk Strategi Survival Melayu Dan Bumiputera. Di bawah aspek ekonomi, tidak dinafikan bahawa isu kemiskinan telah menjadi persoalan utma pada tahun 1970an terutama yang paling ketara ialah dalam kalangan orang Melayu dn Bumiputera. Cuma objektif kami kini adalah khusus untuk para pelajar dalam menguruskan belanjawan mereka sebagai seorang mahasiswa. Semoga objektif kami pada kali ini dipermudahkan Allah. 


Monday, 10 November 2014

Perjuangan buat umat Rasulullah diteruskan . .

Perbincangan kami tentang projek yang bakal kami pilih diteruskan dengan beberapa agenda. Antaranya ialah :

* Pada awalnya, kami membentangkan projek kami kepada Ustazah Mahfuzah bahawa kami ingin melawat ke Pusat pemulihan Akhlak bagi golongan remaja wanita yang sudah terlanjur dan ingin kembali ke pangkal jalan. Ustazah nampaknya bersetuju dan menggalakkan usaha kami itu. Beliau ingin berjumpa dengan kami selepas kelas bagi membincangkan dengan lebih lanjut lagi. Ustazah memberikan pendapat supaya kami berkunjung ke pusat pemulihan Raudhatus Sakinah. 




Dalam perbincangan tersebut, pelbagai idea yang diutarakan oleh ustazah. Tugasan kami ini akan dikira berjaya andai dapat membawa manfaat kepada sekurang-kurangnya 10 orang. Ustazah juga memberikan idea untuk memudahkan kami memandangkan pelbagai lagi tugasan yang harus kami selesaikan. Ustazah Mahfuzah memberi idea bahawa kami boleh juga melakukan kajian tentang belanjawan di kalangan pelajar UiTM, 

Idea ustazah dicatat sebagai rujukan namun kami tetap ingin meneruskan niat kami ke pusat pemulihan bagi mereka yang terlanjur. Objektif kami ialah supaya wawancara kami bersama mereka dapat membawa kesedaran kepada masyarakat bahawa masalah sosial ini telah menular dari hari kehari dan ianya menjatuhkan identiti seorang muslim jesteru itu, langkah pencegahan dan iktibar perlu diambil.




 Kerana bagi kami, setiap manusia itu tidak terlepas dari dosa dan pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi hambaNya yang lalai. Siapa kita untuk tidak mahu memaafkan dn memberi peluang kepada mereka yang ingin kembali ke jalan Nya.

Muqadimah dari kami

Assalamualaikum,

Wujudnya blog kami ini adalah untuk menceritakan tentang perjalanan aktiviti kumpulan kami. Sebelum pergi lebih jauh, molek kiranya kami memperkenalkan diri kami. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang ahli iaitu :

* Muhammad Haidil Redzuwan 
* Nur Adibah Muhammad Fuad
* Nur'Ain Khairol Aidi
* Farah Farhana Basir

Kami merupakan pelajar sarjana muda perkaunan yang kini menuntut di UiTM Puncak Alam. Pada semester ini, kami mempunyai tugasan bagi subjek CTU553 iaitu sejarah Malaysia. Tugasan yang ditugaskan untuk kami merupakan " KHIDMATKU BUAT UMAT RASULULLAH SAW ". Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk gambar dibawah.