بسم الله الرحمن الرحىم
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah... Tugasan khidmat Rasulullah SAW kali ini diteruskan dengan pengedaran borang kaji selidik 'Belanjawan Mahasiswa' yang selari dengan topik yang telah kami sekumpulan persetujui. Pada post yang lepas, sahabat saya telah menerangkan objektif projek kami ini. Di sini, saya sekali lagi ingin menerangkan objektif projek yang kami laksanakan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kaedah belanjawan yang digunakan atau diamalkan oleh mahasiswa pada era ini sama ada dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Justeru itu, kami dapat mengenalpasti corak belanjawan mahasiswa ini seterusnya dapat membuat kesimpulan dan langkah-langkah dalam membuat jadual belanjawan yang baik.
Bagi menjalankan kajian terhadap isu ini, kami telah membuat borang kaji selidik 'Belanjawan Mahasiswa' dan diedarkan di sekumpulan pelajar dari IPTA iaitu Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam dan juga pelajar dari IPTS iaitu Management & Science University yang terletak di Shah Alam.
Gambar berikut merupakan Borang Kaji Selidik yang telah kami edarkan kepada mahasiswa.
Seterusnya merupakan gambar-gambar ketika kami sedang melaksanakan soal selidik bersama-sama mahasiswa dr UiTM Puncak Alam. Kami telah menjalankan soal selidik ini di PTAR dan juga di Cafe berdekatan PTAR.
Setelah mengumpul borang kaji selidik yg telah di isi oleh mahasiswa IPTA mahupun IPTS, kami akan membuat analisa berdasarkan pandangan mahasiswa tentang belanjawan sebagai seorang mahasiswa.Sebarang perkembangan di atas projek ini, akan update dari masa ke semasa... Di harapkan semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sekian... Assalamualaikum wbt.









No comments:
Post a Comment