Perjalanan aktiviti kami sekumpulan diteruskan lagi bagi berbakti buat umat Rasulullah. Kami telah membuat keputusan untuk melawat Raudhatus Sakinah seperti mana yang telah dicadangkan oleh Ustazah Mahfuzah. Namun, terdapat pelbagai halangan bagi kami antaranya, kami tidak dapat mencari maklumat tentang Raudhatus Sakinah di laman sesawang. Mungkin rezeki tidak menyebelahi kumpulan kami. Walaupun begitu, kami mengambil keputusan untuk ke pust komuniti pemulihan berdekatan dengan UiTM Puncak Alam di daerah Klang. Malangnya, pusat tersebut juga telah tutup. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Baitul Islah yang menempatkan mereka yang telah terlanjur di Kota Raja, Shah Alam. Lagi sekali, nasib tidak menyebelahi kami kerana pusat tersebut telah berpindah ke Bukit Beruntung. Kami hanya dapat menghantar email kepada pengetua pusat pemulihan tersebut dan menunggu maklum balas dari beliau. Mungkin memang bukan rezeki kami untuk meneruskan rencana kami ini. Kami redha .
Oleh kerana masa mencemburui kami dan tarikh akhir tugasan yang makin hampir, kami berkeputusan untuk menukar rancangan kami tentang belanjawan di kalangan pelajar seperti mana yang telah di cadangkan oleh Ustazah Mahfuzah. Di bawah merupakan hasil perbincangan bersama ustazah tempoh hari di bilik ustazah.
Berikut merupakan rencana tentang belanjawan. Jika ingin dikaitkan dengan CTU553, ini dapat diterangkan dibawah tajuk Strategi Survival Melayu Dan Bumiputera. Di bawah aspek ekonomi, tidak dinafikan bahawa isu kemiskinan telah menjadi persoalan utma pada tahun 1970an terutama yang paling ketara ialah dalam kalangan orang Melayu dn Bumiputera. Cuma objektif kami kini adalah khusus untuk para pelajar dalam menguruskan belanjawan mereka sebagai seorang mahasiswa. Semoga objektif kami pada kali ini dipermudahkan Allah.
.jpg)


.jpg)
No comments:
Post a Comment