Saturday, 6 December 2014

Setiap masalah ada penyelesaiannya






Kepada para mahasiswa yang mempunyai masalah belanjawan, anda mungkin memerlukan langkah di bawah ini.

Sebenarnya, apa pun langkah mahupun solusi berbalik kepada diri kita sendiri. Kita seharusnya bijak membezakan keperluan dan kehendak. 

vDalam Surah Yussuf , ayat 47 menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup.”  Kita perlulah menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.

Semoga solusi dan pendapat di utarakan oleh kami dapat membawa manfaat kepada para umat Rasulullah yang mempunyai masalah dari segi belanjawan.





Hasil kajian (bahagian 2)

Assalamualaikum...



Hasil kajian kumpulan kami diteruskan dengan soalan seterusnya iaitu peratusan tujuan pelajar mengambil biasiswa atau pinjaman.

Berdasarkan carta pie di atas, peratusan tertinggi dikuasai kerana mahasiswa dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan. Ini merupakan sebab utama mengapa pelajar memohon pinjaman dan memerlukan biasiswa untuk membiayai pelajaran.


Seterusnya merupakan peratusan pendapat responden mengenai sama ada cukup atau tidak peruntukan pelajaran yang diberikan.


Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, bagi mahasiswa yang menuntut di IPTA iaitu seperti UiTM Puncak Alam, peruntukan atau wang saku pelajaran didapati tidak mencukupi. Salah satu faktor ialah mereka boros berbelanja.

Manakala, bagi penuntut IPTS seperti Management & Science University, peruntukan pelajaran yang diberikan hanya mencukupi hingga hujung semester sahaja. Faktor masalah kewangan mereka ialah, kos perbelanjaan dan pendidikan di institusi swasta yang sememangnya tinggi.

Akhir sekali merupakan peratusan responden yang melakukan pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan.

Carta donut di atas menerangan tentang peratusan mahasiswa yang bekerja sambilan demi menambah pendapatan . Namu, peratusan menunjukkan 60% pelajar tidak mengambil kerja sambilan sambil belajar. Salah satu faktor ialah kesibukan belajar yang menghalang pelajar bekerja. 

Sekian sahaja hasil kajian yang diperoleh oleh kumpulan kami. Nantikan langkah efektif dari kami untuk menangani masalah belanjawan yang dialami oleh mahasiswa.


Hasil kajian ( bahagian 1)

Assalamualaikum...

     

Sambungan dari perbincangan lepas yang telah diterangkan oleh sahabat saya, Nur'Ain mengenai kajian tentang belanjawan kumpulan kami ke Management & Science University (MSU) dan di Uitm Kampus Puncak Alam. Gambar di bawah merupakan hasil kajian kami yang belum lagi di olah.




 Paparan di atas merupakan kajian kami ke atas 40 orang mahasiswa UiTM Puncak Alam dan MSU. Mod pengajian mahasiswa keseluruhannya merupakan pengajian sepenuh masa. Antara kursus pengajian yang terdapat di UiTM dan MSU serta peratusan responden yang mewakili setiap kursus adalah :

1) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan  (12.5%)

2) Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dan Seni Reka  (15%)

3) Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan  (5%)

4) Ijazah Sarjana Muda Mobil dan Teknologi  (2.5%)

5) Diploma pemakanan dan dieterik  (12.5%)

6) Diploma pengimejan perubatan  (17.5%)

7) Diploma rekaan permainan dan animasi  (2.5%)

8) Diploma kejururawatan  (27.5%)

9) Diploma undang undang komersial  (5%)


Seterusnya merupakan jenis- jenis tajaan pengajian para mahasiswa :

1) PTPTN

2) BANK RAKYAT

3) YAYASAN DARI SETIAP NEGERI

4) JPA

Berdasarkan carta di atas, jelas menunjukkan 60% daripada mahasiswa sama ada menuntut di IPTA seperti UiTM Puncak Alam dan IPTS seperti Management & Science University memohon pinjaman PTPTN dalam urusan pembelajaran mereka. Ini kerana, syarat untuk memohon pinjaman PTPTN adalah rendah berbanding biasiswa atau pinjaman pelajaran yang lain.


Rajah di atas merupakan jumlah pembiayaan tahunan PTPTN untuk pelajar .


Gambar di atas menunjukan jumlah pembiayaan biasiswan JPA.



Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, nilai tajaan bagi setiap semester adalah seperti di bawah : 

1) RM 1500- RM 3000  =  50% 

Peratusan pinjaman dan biasiswa untuk nilai seperti di atas mewakili 50% kerana para pelajar yang memohon terdiri daripada pelajar Diploma Sepenuh masa.

2)  RM 3001- RM 4500  = 40%

Peratusan pinjaman dan biasiswa pelajar seperti dia atas mewakili 40% kerana pelajar yg memohon terdiri dari pelaja ijazah sarjana muda.

3) RM 4501 dan ke atas = 10%

Peratusan sebanyak 10% seperti di atas mewakili mahasiswa yang mendapat tajaan daripada JPA dan Yayasan Negeri.




Seterusnya merupakan rajah kegunaan pinjaman/biasiswa yang diperolehi pelajar berdasarkan kajian yang telah kami lakukan :

Berdasarkan rajah di atas, jelas menunjukkan para mahasiswa sama ada yang menuntut di IPTA mahu pun IPTS mempunyai masalah dalam menguruskan kewangan mereka. Ini dapat dibuktikan melalui hasil kajian yang menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 50% adalah digunakan bagi tujuan berbelanja terhadap barang bukan keperluan seperti telefon bimbit, menonton wayang dan sebagainya.


Seterusnya pula merupakan perbelanjaan pelajar jika terdapat lebihan kewangan di hujung semester :


Rajah di atas merupakan rancangan jangka masa panjang mahasiswa jika terdapat wang saku lebihan di hujung semester. Peratusan tertinggi dimonopoli oleh aktiviti berbelanja. Ramai di antara pelajar yang merancang untuk menghabiskan wang saku mereka dengan aktiviti kurang bermanfaat. Bagi pelajar yang berfikiran jauh, mereka akan menyimpan untuk kegunaan semester hadapan.

Pada arus kemodenan ini, para mahasiswa sering didedahkan dengan aktiviti pelaburan bagi menjamin masa depan mereka. Pelbagai jenis pelaburan yang ditawarkan tetapi pelajar harus bijak memilih jenis pelaburan yang bersesuaian. Antaranya ialah Amanah Saham Berhad yang menawarkan pelaburan berstatus risiko rendah kerana diletakkan di bawah badan kerajaan dan sentiasa dipantau oleh kerajaan.

Sampai di sini dahulu perbincangan pada kali ini. Hasil kajian akan diteruskan ke entri seterusnya 


Wednesday, 19 November 2014

Kaji Selidik Belanjawan Mahasiswa

بسم الله الرحمن الرحىم

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah... Tugasan khidmat Rasulullah SAW kali ini diteruskan dengan pengedaran borang kaji selidik 'Belanjawan Mahasiswa' yang selari dengan topik yang telah kami sekumpulan persetujui. Pada post yang lepas, sahabat saya telah menerangkan objektif projek kami ini. Di sini, saya sekali lagi ingin menerangkan objektif projek yang kami laksanakan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kaedah belanjawan yang digunakan atau diamalkan oleh mahasiswa pada era ini sama ada dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Justeru itu, kami dapat mengenalpasti corak belanjawan mahasiswa ini seterusnya dapat membuat kesimpulan dan langkah-langkah dalam membuat jadual belanjawan yang baik. 

Bagi menjalankan kajian terhadap isu ini, kami telah membuat borang kaji selidik 'Belanjawan Mahasiswa' dan diedarkan di sekumpulan pelajar dari IPTA iaitu Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam dan juga pelajar dari IPTS iaitu Management & Science University yang terletak di Shah Alam. 


Gambar berikut merupakan Borang Kaji Selidik yang telah kami edarkan kepada mahasiswa.


Seterusnya merupakan gambar-gambar ketika kami sedang melaksanakan soal selidik bersama-sama mahasiswa dr UiTM Puncak Alam. Kami telah menjalankan soal selidik ini di PTAR dan juga di Cafe berdekatan PTAR. 





Gambar seteterunya merupakan aktiviti soal-selidik yang dijalankan di MSU di Shah Alam. Pada awalnya, kami agak terkejut dengan cara hidup di sana. Mungkin ini adalah kerana kehidupan kami di UiTM Puncak Alam agak berbeza dengan mereka. Adapun sedikit jurang di situ, namun kami masih meneruskan pengedaran borang kaji selidik tersebut.





Setelah mengumpul borang kaji selidik yg telah di isi oleh mahasiswa IPTA mahupun IPTS, kami akan membuat analisa berdasarkan pandangan mahasiswa tentang belanjawan sebagai seorang mahasiswa.Sebarang perkembangan di atas projek ini, akan update dari masa ke semasa... Di harapkan semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT. 

Sekian... Assalamualaikum wbt. 



Saturday, 15 November 2014

Perbincangan demi perbincangan. .

Assalamualaikum,

     Perjalanan aktiviti kami sekumpulan diteruskan lagi bagi berbakti buat umat Rasulullah. Kami telah membuat keputusan untuk melawat Raudhatus Sakinah seperti mana yang telah dicadangkan oleh Ustazah Mahfuzah. Namun, terdapat pelbagai halangan bagi kami antaranya, kami tidak dapat mencari maklumat tentang Raudhatus Sakinah di laman sesawang. Mungkin rezeki tidak menyebelahi kumpulan kami. Walaupun begitu, kami mengambil keputusan untuk ke pust komuniti pemulihan berdekatan dengan UiTM Puncak Alam di daerah Klang. Malangnya, pusat tersebut juga telah tutup. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Baitul Islah yang menempatkan mereka yang telah terlanjur di Kota Raja, Shah Alam. Lagi sekali, nasib tidak menyebelahi kami kerana pusat tersebut telah berpindah ke Bukit Beruntung. Kami hanya dapat menghantar email kepada pengetua pusat pemulihan tersebut dan menunggu maklum balas dari beliau. Mungkin memang bukan rezeki kami untuk meneruskan rencana kami ini. Kami redha .

                 



     Oleh kerana masa mencemburui kami dan tarikh akhir tugasan yang makin hampir, kami berkeputusan untuk menukar rancangan kami tentang belanjawan di kalangan pelajar seperti mana yang telah di cadangkan oleh Ustazah Mahfuzah. Di bawah merupakan hasil perbincangan bersama ustazah tempoh hari di bilik ustazah.






     Berikut merupakan rencana tentang belanjawan. Jika ingin dikaitkan dengan CTU553, ini dapat diterangkan dibawah tajuk Strategi Survival Melayu Dan Bumiputera. Di bawah aspek ekonomi, tidak dinafikan bahawa isu kemiskinan telah menjadi persoalan utma pada tahun 1970an terutama yang paling ketara ialah dalam kalangan orang Melayu dn Bumiputera. Cuma objektif kami kini adalah khusus untuk para pelajar dalam menguruskan belanjawan mereka sebagai seorang mahasiswa. Semoga objektif kami pada kali ini dipermudahkan Allah. 


Monday, 10 November 2014

Perjuangan buat umat Rasulullah diteruskan . .

Perbincangan kami tentang projek yang bakal kami pilih diteruskan dengan beberapa agenda. Antaranya ialah :

* Pada awalnya, kami membentangkan projek kami kepada Ustazah Mahfuzah bahawa kami ingin melawat ke Pusat pemulihan Akhlak bagi golongan remaja wanita yang sudah terlanjur dan ingin kembali ke pangkal jalan. Ustazah nampaknya bersetuju dan menggalakkan usaha kami itu. Beliau ingin berjumpa dengan kami selepas kelas bagi membincangkan dengan lebih lanjut lagi. Ustazah memberikan pendapat supaya kami berkunjung ke pusat pemulihan Raudhatus Sakinah. 




Dalam perbincangan tersebut, pelbagai idea yang diutarakan oleh ustazah. Tugasan kami ini akan dikira berjaya andai dapat membawa manfaat kepada sekurang-kurangnya 10 orang. Ustazah juga memberikan idea untuk memudahkan kami memandangkan pelbagai lagi tugasan yang harus kami selesaikan. Ustazah Mahfuzah memberi idea bahawa kami boleh juga melakukan kajian tentang belanjawan di kalangan pelajar UiTM, 

Idea ustazah dicatat sebagai rujukan namun kami tetap ingin meneruskan niat kami ke pusat pemulihan bagi mereka yang terlanjur. Objektif kami ialah supaya wawancara kami bersama mereka dapat membawa kesedaran kepada masyarakat bahawa masalah sosial ini telah menular dari hari kehari dan ianya menjatuhkan identiti seorang muslim jesteru itu, langkah pencegahan dan iktibar perlu diambil.




 Kerana bagi kami, setiap manusia itu tidak terlepas dari dosa dan pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi hambaNya yang lalai. Siapa kita untuk tidak mahu memaafkan dn memberi peluang kepada mereka yang ingin kembali ke jalan Nya.

Muqadimah dari kami

Assalamualaikum,

Wujudnya blog kami ini adalah untuk menceritakan tentang perjalanan aktiviti kumpulan kami. Sebelum pergi lebih jauh, molek kiranya kami memperkenalkan diri kami. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang ahli iaitu :

* Muhammad Haidil Redzuwan 
* Nur Adibah Muhammad Fuad
* Nur'Ain Khairol Aidi
* Farah Farhana Basir

Kami merupakan pelajar sarjana muda perkaunan yang kini menuntut di UiTM Puncak Alam. Pada semester ini, kami mempunyai tugasan bagi subjek CTU553 iaitu sejarah Malaysia. Tugasan yang ditugaskan untuk kami merupakan " KHIDMATKU BUAT UMAT RASULULLAH SAW ". Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk gambar dibawah.